
Slot Seram yang semakin diminati ramai sekali lagi tidak menghampakan penonton setianya dengan mempersembahkan drama bersiri terbarunya berjudul “Puaka Niyang Rapik”. Drama yang berunsur mistik dan percintaan ini dibintangi oleh Ashraff Muslim, Liyana Jasmay, Abu Bakar Juah, Khatijah Tan, Fauzi Nawawi dan Riezman Khuzaimi.
Drama sentuhan pengarah hebat, Ahmad Idham ini mengisahkan tentang sebuah perkampungan dinamakan Niyang Rapik di mana penduduknya percaya akan kehadiran kuasa ghaib yang mengerikan setiap kali menjelangnya Tahun Baru.
Mereka percaya setiap kali Tahun Baru seorang penduduk akan mati kerana dipercayai dikurung oleh kuasa ghaib Niyang Sakti. Sehinggalah, kehadiran Ustaz Amirul ke kampung itu mengubah pemikiran penduduk kampung dan menimbulkan kemarahan oleh beberapa penduduk setempat yang amat berpegang teguh kepada kepercayaan karut tersebut. Apakah yang terjadi seterusnya?
3 comments:
memang best citer nie...hehe...
tp terlalu slow merungkai misteri sampai aku mls nak tunggu next episode.
haha... tp congrats to my luv...liyana jasmey...i always luv u babe...
:p
hehe..suka tgk citer ni..tp x tgk last episode la..too bad..
:)
hak3..
too sad crite ni agak ampeh..
sowieeeeeee..
hehe..
ending pun agak meRAPIK@meREPEK..
hak3..
tp pape pun..
bro Ashraf leh improve lgi..
and Liyana Jasmay..quite ok..
Post a Comment