Wednesday, November 12, 2008

Slot Seram Puaka Niyang Rapik di TV3


Slot Seram yang semakin diminati ramai sekali lagi tidak menghampakan penonton setianya dengan mempersembahkan drama bersiri terbarunya berjudul “Puaka Niyang Rapik”. Drama yang berunsur mistik dan percintaan ini dibintangi oleh Ashraff Muslim, Liyana Jasmay, Abu Bakar Juah, Khatijah Tan, Fauzi Nawawi dan Riezman Khuzaimi.
Drama sentuhan pengarah hebat, Ahmad Idham ini mengisahkan tentang sebuah perkampungan dinamakan Niyang Rapik di mana penduduknya percaya akan kehadiran kuasa ghaib yang mengerikan setiap kali menjelangnya Tahun Baru.
Mereka percaya setiap kali Tahun Baru seorang penduduk akan mati kerana dipercayai dikurung oleh kuasa ghaib Niyang Sakti. Sehinggalah, kehadiran Ustaz Amirul ke kampung itu mengubah pemikiran penduduk kampung dan menimbulkan kemarahan oleh beberapa penduduk setempat yang amat berpegang teguh kepada kepercayaan karut tersebut. Apakah yang terjadi seterusnya?

Monday, November 10, 2008

UJIBAKAT PROGRAM REMAJA TV3


SERTAI UJIBAKAT PROGRAM REMAJA!



Program Remaja akan mengadakan satu sesi ujibakat mencari bakat baru dalam dunia penerbitan khususnya wartawan penyiaran.


Sesi ujibakat akan diadakan di Sri Pentas TV3 pada 22 November 2008 dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang untuk mengisi ruang kekosongan dan permintaan tinggi sebagai wartawan penyiaran program ini.


Program Remaja mencari seseorang yang berperwatakan ceria, sophistikated dan bersemangat tinggi.


Sesi ujibakat ini terbuka kepada semua remaja tanpa mengira bangsa berusia dari 18 hingga 23 tahun.


Menyusuri sejarah penerbitan program Remaja di TV3 yang sudah berusia hampir 15 tahun sejak awal penerbitannya, program ini masih diminati walaupun dengan perubahan penonton yang meningkat usia setiap tahun.


Program remaja yang masih utuh bersiaran, sudah memasuki fasa baru dengan membekalkan kandungan yang berinformatif, intelektual dan ideal dalam usahanya menarik perhatian khalayak yang disasarkan kepada golongan muda khususnya.

Remaja, kini menukar siarannya ke waktu perdana dari jam 7.00 malam hingga 7.30 malam, setiap hari Ahad memberi iktizam baru bahawa program ini akan terus bertapak dan masih mendapat tempat di hati penonton.


Program Remaja yang diterbitkan secara ‘kreatif’ oleh penerbit muda Ahmad Shafullizam Arshad atau lebih dikenali sebagai GBam cukup istimewa dengan teknik terbitan yang tidak membebankan dan bersifat lebih santai.


GBam menjelaskan, “Sebenarnya, saya menggunakan beberapa teknik penerbitan yang selari dengan kemahuan remaja iaitu ‘simple’, inovatif selain mengasyikkan.


Waktu siaran baru ini akan memperlihatkan bahawa program ini berusaha menarik minat penonton bukan saja dari golongan remaja malah setiap lapisan masyarakat.

Sidang redaksi penerbitan juga terdiri daripada golongan remaja dan masing-masing turut terlibat secara langsung memberi pandangan kreatif dalam penghasilan setiap episod.”


“Saya tidak nafikan bahawa perubahan ketara dari segi waktu siaran dan teknik penerbitan ini menarik lebih ramai penonton. Hasilnya, program remaja ini yang bersiaran pada setiap Ahad 7.00 malam ini berjaya mencatatkan pertumbuhan dari jumlah tontonan.


Episod lalu menerima kadar penontonan 511,000 (2.7TVR) dan kami akan berusaha agar kadar penonton terus meningkat dalam beberapa minggu lagi,” katanya lagi Program Remaja yang tampil dengan beberapa segmen seperti Refleksi, Hot,Happening & Stylo, Gadget, dan Buletin menekankan isu-isu semasa minat remaja seperti teknologi, info muzik, selebriti, hobi selain mengupas kehidupan para remaja moden.


Program ini juga satu-satunya program di TV3 yang mempunyai sosial utiliti online atau lebih dikenali ‘facebook’ tersendiri iaitu, klik ‘remaja’ dan terbukti bahawa kini sudah mempunyai seramai 3,000 ahli komuniti di facebook.


Remaja bersiaran setiap hari Ahad jam 7.00 malam. Semoga terhibur.


p/s:Ha pe lagi kwan2..Pegi la try korang nye bakat trpendam tu..Ni la mase nye sape2 yg brcite2 nk jdi wartawan TV..bkn senang k nk dpt chance mcm nie..Aq sokong sape2 yg pegi ok!! ALL THE BEST!!!!!!!! (aq hrap aq dpt gi!!huhu)

Entrepreneur Edition of NESCAFÉ® KICK-START™!


Yayyyyy!!!!!!!!!


New season for Entrepreneur Edition of NESCAFÉ® KICK-START™ has been ready to find a new fresh idea to be the Winner..So,why not try to leave your chair now and grab the best ever opportunity to be The Best Entrepreneur of NESCAFÉ® KICK-START™ !!!



So what are you waiting for?



Sign up now! Submission can be done online or via SMS.


Registration for NESCAFÉ® KICK-START™ Entrepreneur Edition is from 8th October to 7th December, 2008.


This contest is open to all Malaysian residents aged 18 to 25 years old as of 8th October, 2008.





How to participate??




Please open this 1st ok >> http://www.kickstart.com.my/


For an existing NESCAFÉ® KICK-START™ member, just sign up as one. Then answer the Entrepreneur Evaluation and enter the contest.

FINAL EXAMINATION!!!

Halo olz...
Sowieeeeeee....aq bz dgn final exam smp 13th of Nov okay..hik3..
Wish me all the best !!!
So,aq kureng sket nk updates aq nye blog tercinte neyh!!!
Huhu..
N aq nk gtau yg aq fly blik KL on 22nd of Now neyh ...
Flight mlm..hik3..
X sabo2 gler..Hopes cuti sem kalo nie ade something yg interesting in my life..
Huhuhu..