Wednesday, September 17, 2008

Peluang belia ke Armenia(MUST READ THIS!)


JOHAN FARID KAMARUDDIN membanggakan Malaysia apabila dipilih sebagai pemimpin bagi kategori Asia Pasifik UN GAID pada Mac lalu.

JIKA anda merupakan belia berusia antara 18 hingga 25 tahun, ini sememangnya berita baik untuk anda. Saluran televisyen Astro sedang mengadakan satu pertandingan mencungkil idea segar dan inovatif dalam kalangan warga muda untuk membawa perubahan positif kepada dunia dalam pelbagai aspek. Jika anda berjaya, anda akan menjadi antara insan bertuah yang akan mengikuti Forum Remaja Global Persepakatan Global bagi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) serta Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN GAID) yang akan diadakan di Armenia pada Oktober ini.

Pertandingan yang dinamakan Malaysian Chapter itu seharusnya tidak dipersiakan golongan muda di negara ini. Ini kerana selain dapat mewakili negara untuk forum sejagat itu, anda juga berpeluang ke Armenia, negara yang terletak di persimpangan Eropah Timur dan Asia Barat. Perbelanjaan untuk menghadiri forum yang akan berlangsung pada 21 hingga 24 Oktober ini akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak penaja.

Malaysian Chapter merupakan inisiatif pemasaran integrasi oleh Astro dan komitmennya untuk mewujudkan segmen bagi warga muda Malaysia mendedahkan kemahiran sosial dan kreativiti dalam bidang ICT.

Apa yang perlu anda lakukan adalah mudah. Hantarkan sahaja idea anda dalam bentuk dokumen bertulis, prototaip atau video berdurasi antara 3 hingga 5 minit tentang strategi, rancangan atau solusi yang anda fikirkan mengenai isu-isu yang terkandung dalam matlamat pembangunan milenium PBB iaitu:

1.Mencegah kemiskinan dan kebuluran tegar

2.Mencapai pendidikan utama yang universal

3.Menggalakkan kesaksamaan jantina dan memperkasa wanita

4.Mengurangkan kematian kanak-kanak

5.Memperbaiki kesihatan keibuan

6.Memerangi HIV/AIDS, malaria dan penyakit-penyakit lain

7.Alam sekitar

8.Menjalin usaha sama untuk pembangunan

"Jika mereka tidak mampu menghasilkan protaip atau apa sahaja peranti yang mereka fikirkan, cukup sekadar menulis kepada kami idea yang difikirkan. Walaupun ia hanya melibatkan satu daripada isu yang digariskan, apa yang penting ialah mereka perlu kemukakan idea tersebut kepada kami," kata e-pemimpin PBB kategori Asia Pasifik, Johan Farid Kamaruddin, 28, ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran Malaysia Chapter di Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Peserta boleh terdiri sama ada individu atau kumpulan yang mengandungi dua orang. Daftar dan hantar penyertaan anda menerusi laman web Astro, www.astro.com.my/themalaysianchapter. Keterangan lanjut mengenai program ini juga boleh didapati di laman ini.

Hantarkan penyertaan anda sebelum pukul 11.59 malam, 25 September ini. Tiga penyertaan terbaik akan menyertai forum antarabangsa di Armenia.

"Ini adalah peluang untuk warga muda menonjolkan idea mereka dalam pentas antarabangsa. Setiap tahun, PBB akan menganjurkan satu forum remaja tetapi selalunya ia dibincangkan sesama mereka sahaja. Kali ini, mereka memberi peluang kepada orang muda untuk memperdengarkan sendiri idea dan cadangan mereka," kata Johan yang nampak begitu teruja mengenai program ini.


REMAJA harus ke hadapan dalam membicarakan isu-isu global.


Dalam perkembangan yang sama, Johan yang dilantik sebagai salah seorang e-pemimpin bagi PBB bermula Mac lalu menyatakan rasa kegembiraannya kerana berpeluang melibatkan diri dalam hal kemasyarakatan di peringkat dunia.

"Terdapat 12 e-pemimpin kesemuanya yang mewakili pelbagai benua. Saya bersyukur kerana dilantik bagi kawasan Asia Pasifik dan saya sememangnya berminat untuk berkecimpung dalam hal-hal sebegini," katanya yang pernah dikenali sebagai hos program realiti Mentor. Kini, dia juga telah bergelar juruterbang berlesen.

"Saya memang berminat dengan kerja-kerja kemasyarakatan belia. Penglibatan saya bersama PBB secara tidak rasmi telah bermula sejak 2003 lagi. Saya suka ke sekolah-sekolah dan meniup semangat kepada murid-murid sekolah agar mencapai apa yang mereka cita-citakan," katanya dengan api semangat yang berkobar-kobar.

Ini merupakan tahun kedua Astro terlibat dengan forum UN GAID. Pemenang Malaysian Chapter akan diumumkan dalam satu majlis penyampaian anugerah pada 15 Oktober ini.


p/s: Why don`t anyone of you give a try???Maybe your future is there.Just speak out to share your big ideas that you keep in mind for all this while.For sure,I will be your first supporter.A.L.L.T.H.E.B.E.S.T.G.U.Y.S.(I will try too ;p)


No comments: